Thursday, January 6, 2011

Off Day's activities..

hai..today my day dipenuhi aktiviti bersama encik suami,almaklumla encik suami off arini..so,seperti biasa diawal pg lg i masak..time hubby ade kt umh je i msk sodap2,lau x i mkn simple2 je...hihi..(sindiran pd diri ini yg sedar diri seorg yg pemalas..;p)arini i masak gulai ayam special + acar timun + sambal lada..my hubby makan bselera sgt..itu tandanye masakan i sedap,hubby pun komen gulai i sedap..hihi..suka tgk hubby mkn..i liked!!hihi...nak nengok hasil masakan chef yg baru nk blaja msk ni??


ta daa.....


ni pic amik after suda mkn..ayam da tggal seketul..hikhiks..

thanks to my best buddy,aminah..u all tau x,i menuntut ngn dia la gulai ayam special tu..ha,resipi??ok2..next time i share kt sini eh..ni time mau story psl dating time at e-curve n main bowling ngn encik suami..yg xdisangka i dpt kalahkan encik suami arini..fuh,ntah tiba2 energy arini len mcm..mayb mood happy wat i menang kot..hikhiks..


1st game result..i menang..yeay!!


2nd game...hubby menang..seri..1-1.


3rd game..i menang lagi...2-1..so,the winner akan dibelanja aiskrim sundae kon McD..yeay!!!

after main bowling..kami pun p menikmati aiskrim sundae yg sodap itu..slurp2...yummy...hihiks..okla da penat nk cite pnjg2..u all lyn je gmbar2 ini ye..smoga terhibur...('.')


yummy...yummy...




sila abaikan mulutku ini..hihi


otw blk umh da,tp i sempat posing jap..sungguh tidak malu ini budak..encik suami senyum je kt sebelah..hihiks..


sekian...bye bye..

Wednesday, January 5, 2011

tips memperoleh anak yang soleh dan solehah..



Langkah-langkah untuk mendapat anak yang soleh


Sebelum pernikahan - Kita bertaubat atas segala kesalahan yang pernah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi semata-mata kerana Allah untuk mendapat kebahagian rumah tangga.
Malam pertama dan malam-malam selepasnya – Jangan ikut budaya barat. Ikut cara Islam bila berjimak iaitu menutupi badan ketika berjimak. Sebelum memulakan jimak, mulakan dengan Bismillah dan baca doa berjimak. Bacalah supaya syaitan dan iblis tidak turut serta masa berjimak.
Ketika mengandung – Si suami memperbanyakkan amal dan selalu mengaji untuk anak di dalam perut. Si isteri pula membacakan surah yang penting jika tidak sempat hendak membaca semua surah. Jaga pemakaian ketika mengandung.
Ketika sedang melahirkan anak – Si bapa sepatutnya berada bersama isteri di dalam bilik bersalin untuk menenangkan si isteri. Pakar perubatan mengatakan apabila si isteri dapat melihat wajah si suami bersama di dalam bilik bersalin, memudahkan proses melahirkan. Banyakkan mengingati Allah dengan berselawat, istighfar dan berzikir. Bukan menjerit sebagaimana yang dibuat oleh orang barat.
Waktu anak selamat dilahirkan – Perkataan pertama keluar dari mulut suami ialah Alhamdulillah. Azan dan iqamahkan anak tersebut.
Aqiqah – Walaupun ia sunat, tetapi sebolehnya jangan dilupakan amalan ini. Lakukan ketika anak masih kecil. antara hikmahnya ialah sebagai membekalkan haiwan tunggangan di akhirat kelak.
Lahir sampai umur 2 tahun – Ikuti sunah nabi, ibu susukan anak sehingga mencapai usia dua tahun.Susu ibu banyak mengandungi zat yang berguna untuk anak serta dapat mencegah kanser payudara.
Namakan anak dengan erti yang baik – Berikan nama yang mempunyai makna yang elok dalam Islam. Biasakan memanggil anak dengan panggilan yang baik. Bayangkan kita panggil dia maksudnya “Yang Pemurah”, semua orang memanggil dengan nama itu. Ia umpama mendoakan anak kita menjadi seorang yang permurah. Ajar anak mengenal al-Quran dan memakai pakaian menutup aurat sejak kecil.
Alam persekolahan – Saat pertama persekolahan, iaitu memperkenalkan anak dengan dunia persekolahan, pastikan anak mendapat ilmu agama secukupnya. Lebih elok jika ibu bapa sendiri yang mengajar ilmu agama.
Remaja – Di peringkat ini anak-anak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan. Ketika ini kita mesti menjadi kawan dan ibu bapa kepada anak-anak. Bukan menjadikan anak takut kepada kita sebaliknya menghormati kita. Ibu mengambil tahu perihal anak perempuan bapa pula mengambil tahu masalah anak lelaki. Nasihati anak dengan bahasa yang lembut.
Dewasa – Apabila dari kecil ditanamkan ilmu agama dan menghormati ibu bapa, Insyallah apabila dewasa anak-anak akan mengenang kita sebagai seorang kawan yang amat rapat. Bukan seorang guru yang garang Segala apa yang dikongsi akan berguna kepada mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan.

Mana-mana ibubapa yang tidak sempat mempraktikkan panduan di atas berdoalah kepada Allah SWT selalu supaya anak-anak kita menjadi anak yang soleh seperti dalam kisah Nabi Musa a.s. Kisah seorang anak yang ditukar Allah SWT menjadi khinzir kerana melakukan dosa besar. Jangan biarkan anak-anak kita hanyut dan terbiar menjadi sampah masyarakat kerana kita akan diseksa di dalam kubur sekiranya anak-anak melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Sekarang tanya pada diri kita sendiri. Adakah kita ini anak yang soleh kepada ibubapa kita?

p/s:panduan kita bersama..=)
note ini petikan dari http://almuslimah.com.my..

tips memperoleh anak yang soleh dan solehah..

Saturday, January 1, 2011

My Big Family..2011..



my happy famly..love them so much..hope we will stay together 4eva after...amin...=)